Thursday, May 27, 2010

Menebang pokok mangga mati.

Di rumah Juriah yassin ada acara menebang pokok mati ditepi pagar sempadan rumah.Kalau tak tebang merbahaya pada rumah Midah. Telah dipanggil penebang pkok.
Pokok di tebang .Juga pokok kelapa keliling rumah.Masa rendah elok ditebang.Dah tingi lagi banyak belanja nya

Tuesday, May 25, 2010

Perjumpaan bersama NazirMasjid

Hari ini saya ke Pejabat Daerah tampin perjumpaan Bersama Pegawai Daerah dan Nazir Masjid danPengerusi JKKK-Hal perekembangan Masjid.
Banyak yang ditimbulkan dari Gemencheh dan Repah. Perjalanan Masjid dan Kegunaaan pada
belia dan lainlain.
Kerjasama anatara JKKK dan Masjid sangat perlu.
Adakan padang Futsal,Takraw, Badminton supaya menarik belia ke kawasan masjid.
Boleh minta dari Ahli Parlemen.Hantar permohonan.

Monday, May 24, 2010

Jam 8.30 pagi saya berada dipejabat Daerah Tampin bahagian tah berjumpa dengan Puan Zaiton halborang Mlay Reserve.Borang permohonanan.Ramai yang nak masok.
Saya berjumpa pula dengan ketua kerani masaalah bayaran cukai tanah yang berbeza dari tahun 2005 hingga kinI beliau memberitahu urusan ini boleh diselesaikan di Tampin.Tampin akan hantar keSeremban
Sebenarnya kiraan salah dibuat oleh pegawai yang lalu. Cukai tinggi sebab kawasan rumah dikira kawasan kedai. Harga nya berlainan.
Rumah kediaman be harga 21 sen semeter persegi.Bangunan kedai 32 sen semeter per.
Ini akan dibetulkan oleh pegawai berkenaan dan hantar ke Seremban.
Ketua Kg akan meminta salnian cukai yang telah dibayar selama ini.Pejabat akan membayar semula pada tuan tanah melalui bayaran cukai tahunan.

Saya j.uga mehadiri mesyuarat focus group hingga jam 11 pagi

Sunday, May 23, 2010

MESYUARAT UMNO GEMENCHEH BARU

Hari ini telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Umno Gemencheh Baru.Kedatangan anggaran
50 orang. Wakil wakil dari bahagian hadir termasok setia usaha sulit Datuk Shaziman En Shamsudin Adam,dan wakil bahagian.
Perjumpaan berjalan dengan lancar.Mesyuarat hingga jam 5 petang.
Syabas ucapkan kepada semua ahli UMNO gemencheh baru.

Saturday, May 22, 2010

Gotong royong di rumah ketua kg.

Hari ahad. Mulai 9 pagi ada gotong royong makan makanan untuk jamauan mesyuarat UMNO petang ini.Yanh hadir.Kak non,Iyah,Ciki gu Ismariah,Cik Som ,Iza ilam dan Lina.

Mereka gunakan dapor dan periok besar.Pada jam 3 petang makan akan dibawa ke Balai Raya.
Moga rancangan akan berjalan dengan baik.Berdoa jangan hujan pada petang ini.

Masak-Masak

Pada pagi ini ada sedikit masak2 dirumah saya.. masak2 untuk mesyuarat Umno dan jugak mesyuarat JKKK Kg. Sri Gemencheh....

Friday, May 21, 2010

GOTONG ROYONG DI-BALAI RAYA

Hari ini bergotong royong membersihkan balai raya.Menyusun kerusi-kerusi dan membasoh cawan cawan.Yang datang hanya empat orang.Sambil membersihkan lantai.Ini adalah kerana Mesyuarat Umno Cawangan bagi tahun 2010 pada hari Ahad. Perasmian oleh Datuk Zainab Nasir ADUN kawasan Gemas jam 3 petang.Diharap akan berjalan dengan lancar.Di jemput semua Ahli Umno hadir menyerikan majlis ini.